Wednesday, 23 October 2013

Tokoh Silat

TOKOH SILAT MALAYSIA

HAJI ABDUL HAMID HAJI HAMZAH

dedicate to +pusatcemerlangsilat or pusatcemerlangsilat.com

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

TOKOH SILAT MALAYSIA



NAMA : NUR KHAIRANI BINTI SAHAK

TAJUK : HAJI ABDUL HAMID BIN HAJI HAMZAH













ISI KANDUNGAN




BIL

TAJUK


M/S

1.

Latar Belakang


2-3

2.

Pendidikan


4

3.

Sumbangan


5-6

4.

Kepimpinan


7

5.

Rujukan


8

6.

Lampiran


9-10





LATAR  BELAKANG

Haji Abdul Hamid telah  dilahirkan  pada  tahun 1927 di Sungai Mati sebuah pekan kecil yang terletak lebih kurang 10 km daripada Bandar Maharani, Muar, Johor.Beliau merupakan anak ke 3 dari 13 orang adik beradik. Beliau mula mengembangkan ilmu persilatan sendeng ini secara individu di peringkat awalnya sekitar tahun 1950-an kemudian menamakannya sebagai 'Silat Sendeng Muar' seterusnya berkembang serta diterima ramai di Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Nama Haji Hamid Hamzah begitu terkenal di kalangan masyarakat di zamannya. Meskipun ramai yang mengenali beliau sebagai seorang yang tegas dan digeruni, anak murid beliau yang benar-benar mengenali peribadinya, sangat mengasihi beliau. Menurut cerita Haji Jamaluddin Shahadan, Haji Hamid sebenarnya seorang yang penyayang. Beliau ada cara berguraunya yang tersendiri, mengundang senyuman siapa saja yang mendengarnya. Tentu saja, jarang ada yang berani ketawa bila bersama tokoh yang sangat disegani ini.


Disamping mengembangkan Seni Silat Sendeng, Haji Abdul Hamid juga cenderung dan terkenal dalam bidang masa memasak. . Haji Hamid begitu dikenali dengan kepandaiannya memasak. Antara masakannya yang cukup dikenali ialah nasi briyani. Jarang sekali masakan beliau tidak habis dimakan oleh tetamu bila beliau memasak untuk majlis kenduri kendara.
 Selain itu, Komitmennya sebagai seorang guru silat tidak menghalang beliau dari menceburi bidang lain,Haji Abdul Hamid juga merupakan seorang yang sangat menitikberatkan aspek agama dalam kehidupan. Keilmuannya yang tinggi  terserlah melalui keperibadiannya. Beliau tidak banyak bercakap melainkan yang perlu sahaja.beliau pernah diamanahkan untuk menjadi Imam Masjid Jamik Bukit Kangkar, Muar serta Ketua Kampung, Bukit Kangkar, Muar. Setelah hampir 58 tahun, beliau mengharungi liku-liku dan pahit manis belajar dan menggembangkan ilmu persilatan ini, demi mengekalkan kesinambungan warisan pusaka bangsa yang diwarisinyanya, pada tanggal 19 Mei 1990 bersamaan 23 Syawal ,1410 Hijrah , Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah telah kembali ke rahmatullah ketika  berusia 63 tahun.

Pemergian Haji Abdul Hamid merupakan satu kehilangan besar bagi keluarga sendeng seluruhnya. Namun berkat asuhan beliau usaha untuk mengembankan Seni Silat Sendeng ini tetap diteruskan oleh anak-anak murid beliau dibawah pimpinan adinda beliau iaitu Haji Ismail bin Haji Hamzah yang dilantik sebagai Guru Utama.
 

























PENDIDIKAN

Aliran Kuntau Telok Mas, Melaka

Haji Abdul Hamid telah mula berjinak-jinak dengan ilmu kependekaran pada tahun 1932, semasa berusia 5 tahun, dibawah asuhan dan bimbingan nindanya Haji Hassan bin Haji Mahat. Selama lebih kurang 10 tahun beliau telah mempelajari bukan sahaja sepak terajang silat malah seni dan tari silat serta cara menggunakan alat silat seperti pedang, keris, tumbuk lada, tek-pi, tembong, tongkat, tuas dan kerambit. Selain itu beliau juga turut mempelajari beberapa silat termasuk Silat Cekak, Belebat, Kuntau dan Silat Sembah.

Aliran Pukulan 7 Hari

7 tahun kemudiannya, lebih kurang pada tahun 1942, Haji Abdul Hamid berguru pula dengan nindanya Haji Mohd Arif bin Shamsu. Beliau mengajar Pukulan 7 Hari kepada Haji Abdul Hamid bersama beberapa orang dewasa seperti Pak Ngah Hassan dll. Haji Abdul Hamid telah diuji dengan dipanggil naik ke rumah dan diserang dari belakang pintu. Serangan itu dapat dielak. Beliau mengakui Hj Abdul Hamid boleh menjadi guru.

Aliran Sendeng

Seterusnya, pada tahun 1944, Hj Abdul Hamid menuntut pula dengan nindanya Haji Taman bin Dagang. Dari Haji Taman, Haji Abdul Hamid telah mempelajari Pukul dan Lapis Sendeng. Haji Taman sangat tegas dalam menurunkan ilmu. Setiap satu belebat yang diajar mengambil masa 6 bulan. Waktu itu Haji Taman mengajar Haji Abdul Hamid secara bersendirian.

Ilmu Kerohanian

Bagi memantapkan ilmu keagamaan dan kerohanian pula, lebih kurang pada tahun 1945, Haji Abdul Hamid telah berguru dengan Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim yang lebih dikenali dengan panggilan Kiai Salleh atau Panglima Salleh di Batu Pahat. Sebelum Panglima Salleh menerima Haji Abdul Hamid untuk menjadi murid, beliau telah diuji terlebih dahulu dengan disuruh mengerjakan kebun selama 6 bulan. Hanya selepas 6 bulan barulah beliau bertanya nama Haji Abdul Hamid dan dipanggil untuk diperturunkan ilmu-ilmu keagamaan dan kebatinan. Haji Abdul Hamid telah berguru dan tinggal bersama Panglima Salleh selama 3 tahun iaitu dari tahun 1946 hingga 1949.
Sebelum dikhatamkan, Haji Abdul Hamid telah diuji kefahaman tauhid oleh gurunya dengan disuruh beramal didalam gua disebuah Bukit di Parit Sulong untuk mendapat ilmu dari harimau jadian. Haji Abdul Hamid yang faham dengan tujuan gurunya itu menolak dengan baik dan menyatakan lebih baik beliau beramal dimasjid. Panglima Salleh yang gembira dengan jawaban itu terus menyatakan bahawa Haji Abdul Hamid telah layak untuk dikhatamkan. Menurut Allahyarham Haji Ismail bin Haji HamzahHaji Abdul Hamid telah dikhatamkan didalam kelambu oleh Panglima Salleh untuk mengelak dari dilihat oleh murid-murid yang lain. Dari Panglima Salleh, Haji Abdul Hamid telah menerima amalan ayat empat yang terus dikembangkan kepada ahli-ahli Silat Sendeng.


SUMBANGAN
      
       Era pemerintahan komunis tentunya meninggalkan parut kekal dalam hati setiap orang yang pernah melaluinya. Kekejaman bermaharaja lela. Setiap hari ada sahaja insan yang menjadi mangsa. Pelbagai alasan direka bagi menyokong tindakan kejam mereka. Ada diantaranya yang diculik serta dilarikan ke dalam hutan dan sehingga ke hari ini tidak pernah kembali lagi. Hati siapakah tidak terluka bila kian hari semakin ramai orang yang hilang dilarikan komunis. Namun tidak ramai yang berani melakukan apa-apa kerana bimbang diapa-apakan. Ada ibu dan ayah yang terpaksa melihat saja anak tersayang diheret ke dalam hutan dan tak kurang juga anak-anak yang menjadi yatim dek perbuatan komunis durjana.

      Cerita itu kemudiannya sampai ke telinga Haji Abdul Hamid Hamzah. Kesabaran beliau akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila seorang penduduk bernama Alang Hamid diculik dan dilarikan ke dalam hutan. Tidak tahu khabar entah hidup entahkan mati. Sebagai seorang pahlawan Melayu yang sejati, Haji Abdul Hamid memang tidak pernah mengenal erti gentar. Dilihatnya komunis semakin lama semakin kecil. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk bertindak seorang diri. Berbekalkan ilmu kepahlawanan yang penuh di dada, ketua komunis yang bermarkas di Sekolah Kebangsaan Cina Pei Wha itu akhirnya telah dibunuh.Rentetan dari peristiwa itu, kumpulan pengganas komunis mula menjadi kucar kacir, ketakutan dan akhirnya tidak lagi berpengkalan di sekolah tersebut. 

      Menurut Ahmad Nazari Haji Abdul Hamid (Cikgu Atan), ayahandanya itu penah berjuang bersama-sama dengan pahlawan lagenda Kiyai Salleh, Pawang Satam, dan Pawang Lipah untuk menentang komunis. Senjata yang digunakan oleh mereka hanyalah parang panjang dan buluh runcing sedangkan pihak musuh berbekalkan senjata api. Namun dengan izin Allah S.W.T, ramai anggota komunis dapat dibunuh termasuklah salah seorang ketuanya yang bernama Ah Sok dari Bukit Kangkar. Setelah 3 malam berturut-turut mereka melakukan serang hendap, akhirnya ketua kumpulan itu, Mat Indera terpaksa berundur. Di pihak pahlawan Melayu, tiada seorang pun yang gugur.












KEPIMPINAN
Haji Abdul Hamid juga dikatakan telah berguru kepada guru-guru berikut yang diketahui:
  1. Kiyai Mustahir, Pagoh
  2. Panglima Lias, Pagoh
  3. Haji Mohd Lip Bedu (Ilmu Tauhid)
  4. Hja iAbd Ghani, Jalan Daud, Muar
  5. Dato Mohd Bakar (Kadi Besar, Johor)
  6. Ustaz Sulaiman Sujak
  7. Ustaz Ahmad Tunggal, Parit Sakai, Muar
Haji Abdul Hamid mula mengajar dan mengembangkan ilmu persilatan sendeng ini sekitar tahun 1950-an. Ketika itu beliau telah pun dikatakan cukup pengetahuan  dalam ilmu kependekaran dan mendapat izin dan tauliah daripada  guru-gurunya. Beliau mula mengembangkan sendeng di bawah nama ‘Silat Sendeng Muar’ dan kemudiannya ditukar kepada Seni Silat Sendeng Malaysia.Perjalanan hidup sebagai guru silat tentu saja tidak mudah. Pelbagai cabaran dan pahit getir terpaksa dilalui. Sudah menjadi asam garam guru silat masa dahulu, tentu saja ada yang mencabar dan menyudi. Namun ia bukan sahaja gagal menjatuhkan beliau, malah namanya kian harum dan disanjung tinggi.Atas usaha gigih beliau bersama anak-anak muridnya, akhirnya perguruan ini kian tersebar ke seluruh Negara terutamanya Negeri Johor, Negeri Pahang, Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan lain-lain.
     
      Antara anak murid beliau yang dikenali ialah:

1.       Haji Ismail bin Haji Saidin @ Tok Sidang
2.       Haji Jamaluddin bin Shahadan @ Cikgu Jamal
3.       Ahmad Nazari bin Haji Abdul Hamid @ Cikgu Atan (Anak Haji Hamid)
4.       Haji Rosmani bin Abd Samad.

LAMPIRAN


                                    Haji Abdul Hamid Hamzah bersama barisan pesilat Sendeng


                                                         
                                                             Haji Abdul Hamid Hamzah


                                           
                                                    Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah     

                                     
                                         Pusara Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah     


Haji Abdul Hamid Hamzah di tengah


                                                             Haji Abdul Hamid Hamzah




RUJUKAN