HAJI ABDUL HAMID HAJI HAMZAH
dedicate to +pusatcemerlangsilat or pusatcemerlangsilat.com
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
TOKOH SILAT MALAYSIA
NAMA : NUR KHAIRANI
BINTI SAHAK
TAJUK : HAJI ABDUL
HAMID BIN HAJI HAMZAH
ISI KANDUNGAN
BIL
|
TAJUK
|
M/S
|
1.
|
Latar Belakang
|
2-3
|
2.
|
Pendidikan
|
4
|
3.
|
Sumbangan
|
5-6
|
4.
|
Kepimpinan
|
7
|
5.
|
Rujukan
|
8
|
6.
|
Lampiran
|
9-10
|
LATAR BELAKANG
Haji Abdul Hamid telah dilahirkan pada tahun 1927 di Sungai Mati sebuah pekan kecil yang terletak lebih kurang 10 km daripada Bandar Maharani, Muar, Johor.Beliau merupakan anak ke 3 dari 13 orang adik beradik. Beliau mula mengembangkan ilmu persilatan sendeng ini secara individu di peringkat awalnya sekitar tahun 1950-an kemudian menamakannya sebagai 'Silat Sendeng Muar' seterusnya berkembang serta diterima ramai di Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Nama Haji Hamid Hamzah begitu terkenal di kalangan masyarakat di zamannya. Meskipun ramai yang mengenali beliau sebagai seorang yang tegas dan digeruni, anak murid beliau yang benar-benar mengenali peribadinya, sangat mengasihi beliau. Menurut cerita Haji Jamaluddin Shahadan, Haji Hamid sebenarnya seorang yang penyayang. Beliau ada cara berguraunya yang tersendiri, mengundang senyuman siapa saja yang mendengarnya. Tentu saja, jarang ada yang berani ketawa bila bersama tokoh yang sangat disegani ini.
Haji Abdul Hamid telah dilahirkan pada tahun 1927 di Sungai Mati sebuah pekan kecil yang terletak lebih kurang 10 km daripada Bandar Maharani, Muar, Johor.Beliau merupakan anak ke 3 dari 13 orang adik beradik. Beliau mula mengembangkan ilmu persilatan sendeng ini secara individu di peringkat awalnya sekitar tahun 1950-an kemudian menamakannya sebagai 'Silat Sendeng Muar' seterusnya berkembang serta diterima ramai di Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Nama Haji Hamid Hamzah begitu terkenal di kalangan masyarakat di zamannya. Meskipun ramai yang mengenali beliau sebagai seorang yang tegas dan digeruni, anak murid beliau yang benar-benar mengenali peribadinya, sangat mengasihi beliau. Menurut cerita Haji Jamaluddin Shahadan, Haji Hamid sebenarnya seorang yang penyayang. Beliau ada cara berguraunya yang tersendiri, mengundang senyuman siapa saja yang mendengarnya. Tentu saja, jarang ada yang berani ketawa bila bersama tokoh yang sangat disegani ini.
Disamping mengembangkan Seni Silat
Sendeng, Haji Abdul Hamid juga cenderung dan terkenal dalam bidang masa memasak. . Haji Hamid begitu dikenali dengan kepandaiannya memasak. Antara
masakannya yang cukup dikenali ialah nasi briyani. Jarang sekali masakan beliau
tidak habis dimakan oleh tetamu bila beliau memasak untuk majlis kenduri
kendara.
Selain itu, Komitmennya sebagai
seorang guru silat tidak menghalang beliau dari menceburi bidang lain,Haji Abdul Hamid
juga merupakan seorang yang sangat menitikberatkan aspek agama dalam kehidupan.
Keilmuannya yang tinggi terserlah melalui keperibadiannya. Beliau tidak
banyak bercakap melainkan yang perlu sahaja.beliau
pernah diamanahkan untuk menjadi Imam Masjid Jamik Bukit Kangkar, Muar serta
Ketua Kampung, Bukit Kangkar, Muar. Setelah hampir 58 tahun, beliau mengharungi
liku-liku dan pahit manis belajar dan menggembangkan ilmu persilatan ini, demi
mengekalkan kesinambungan warisan pusaka bangsa yang diwarisinyanya, pada
tanggal 19 Mei 1990 bersamaan 23 Syawal ,1410 Hijrah , Haji Abdul Hamid bin
Haji Hamzah telah kembali ke rahmatullah ketika berusia 63 tahun.
Pemergian Haji Abdul Hamid merupakan satu kehilangan besar bagi keluarga sendeng seluruhnya. Namun berkat asuhan beliau usaha untuk mengembankan Seni Silat Sendeng ini tetap diteruskan oleh anak-anak murid beliau dibawah pimpinan adinda beliau iaitu Haji Ismail bin Haji Hamzah yang dilantik sebagai Guru Utama.
Pemergian Haji Abdul Hamid merupakan satu kehilangan besar bagi keluarga sendeng seluruhnya. Namun berkat asuhan beliau usaha untuk mengembankan Seni Silat Sendeng ini tetap diteruskan oleh anak-anak murid beliau dibawah pimpinan adinda beliau iaitu Haji Ismail bin Haji Hamzah yang dilantik sebagai Guru Utama.
PENDIDIKAN
Aliran Kuntau Telok Mas, Melaka
Haji
Abdul Hamid telah mula berjinak-jinak dengan ilmu kependekaran pada tahun 1932,
semasa berusia 5 tahun, dibawah asuhan dan bimbingan nindanya Haji Hassan bin Haji Mahat. Selama lebih kurang 10 tahun beliau
telah mempelajari bukan sahaja sepak terajang silat malah seni dan tari silat serta cara menggunakan alat silat seperti pedang,
keris, tumbuk lada, tek-pi, tembong, tongkat, tuas dan kerambit. Selain itu
beliau juga turut mempelajari beberapa silat termasuk Silat Cekak, Belebat,
Kuntau dan Silat Sembah.
Aliran Pukulan 7 Hari
7 tahun
kemudiannya, lebih kurang pada tahun 1942, Haji Abdul Hamid berguru
pula dengan nindanya Haji Mohd Arif bin Shamsu. Beliau mengajar Pukulan 7 Hari kepada Haji Abdul Hamid bersama beberapa
orang dewasa seperti Pak Ngah Hassan dll. Haji Abdul Hamid telah diuji dengan
dipanggil naik ke rumah dan diserang dari belakang pintu. Serangan itu dapat
dielak. Beliau mengakui Hj Abdul Hamid boleh menjadi guru.
Aliran Sendeng
Seterusnya,
pada tahun 1944, Hj Abdul Hamid menuntut pula dengan nindanya Haji Taman bin Dagang. Dari Haji Taman, Haji Abdul Hamid telah mempelajari Pukul dan Lapis
Sendeng. Haji Taman sangat tegas dalam menurunkan ilmu. Setiap satu belebat
yang diajar mengambil masa 6 bulan. Waktu itu Haji Taman mengajar Haji Abdul
Hamid secara bersendirian.
Ilmu Kerohanian
Bagi
memantapkan ilmu keagamaan dan kerohanian pula, lebih kurang pada tahun 1945,
Haji Abdul Hamid telah berguru dengan Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim yang lebih dikenali dengan panggilan Kiai
Salleh atau Panglima Salleh di Batu Pahat. Sebelum Panglima Salleh menerima
Haji Abdul Hamid untuk menjadi murid, beliau telah diuji terlebih dahulu dengan
disuruh mengerjakan kebun selama 6 bulan. Hanya selepas 6 bulan barulah beliau
bertanya nama Haji Abdul Hamid dan dipanggil untuk diperturunkan ilmu-ilmu
keagamaan dan kebatinan. Haji Abdul Hamid telah berguru dan tinggal bersama Panglima Salleh selama 3 tahun iaitu dari tahun 1946 hingga 1949.
Sebelum dikhatamkan, Haji Abdul Hamid telah diuji kefahaman tauhid oleh gurunya dengan disuruh beramal didalam gua disebuah Bukit di Parit Sulong untuk mendapat ilmu dari harimau jadian. Haji Abdul Hamid yang faham dengan tujuan gurunya itu menolak dengan baik dan menyatakan lebih baik beliau beramal dimasjid. Panglima Salleh yang gembira dengan jawaban itu terus menyatakan bahawa Haji Abdul Hamid telah layak untuk dikhatamkan. Menurut Allahyarham Haji Ismail bin Haji Hamzah, Haji Abdul Hamid telah dikhatamkan didalam kelambu oleh Panglima Salleh untuk mengelak dari dilihat oleh murid-murid yang lain. Dari Panglima Salleh, Haji Abdul Hamid telah menerima amalan ayat empat yang terus dikembangkan kepada ahli-ahli Silat Sendeng.
SUMBANGAN
Era pemerintahan
komunis tentunya meninggalkan parut kekal dalam hati setiap orang yang pernah
melaluinya. Kekejaman bermaharaja lela. Setiap hari ada sahaja insan yang
menjadi mangsa. Pelbagai alasan direka bagi menyokong tindakan kejam mereka.
Ada diantaranya yang diculik serta dilarikan ke dalam hutan dan sehingga ke
hari ini tidak pernah kembali lagi. Hati siapakah tidak terluka bila kian hari
semakin ramai orang yang hilang dilarikan komunis. Namun tidak ramai yang
berani melakukan apa-apa kerana bimbang diapa-apakan. Ada ibu dan ayah
yang terpaksa melihat saja anak tersayang diheret ke dalam hutan dan tak kurang
juga anak-anak yang menjadi yatim dek perbuatan komunis durjana.
Cerita itu
kemudiannya sampai ke telinga Haji Abdul Hamid Hamzah. Kesabaran beliau
akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila seorang penduduk bernama Alang Hamid
diculik dan dilarikan ke dalam hutan. Tidak tahu khabar entah hidup entahkan
mati. Sebagai seorang pahlawan Melayu yang sejati, Haji Abdul Hamid memang
tidak pernah mengenal erti gentar. Dilihatnya komunis semakin lama semakin
kecil. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk bertindak seorang diri. Berbekalkan
ilmu kepahlawanan yang penuh di dada, ketua komunis yang bermarkas di Sekolah
Kebangsaan Cina Pei Wha itu akhirnya telah dibunuh.Rentetan dari peristiwa itu,
kumpulan pengganas komunis mula menjadi kucar kacir, ketakutan dan akhirnya
tidak lagi berpengkalan di sekolah tersebut.
Menurut Ahmad Nazari Haji Abdul Hamid
(Cikgu Atan), ayahandanya itu penah berjuang bersama-sama dengan pahlawan
lagenda Kiyai Salleh, Pawang Satam, dan Pawang Lipah untuk menentang komunis. Senjata yang digunakan oleh mereka hanyalah parang panjang dan buluh
runcing sedangkan pihak musuh berbekalkan senjata api. Namun dengan izin Allah
S.W.T, ramai anggota komunis dapat dibunuh termasuklah salah seorang ketuanya
yang bernama Ah Sok dari Bukit Kangkar. Setelah 3 malam berturut-turut mereka
melakukan serang hendap, akhirnya ketua kumpulan itu, Mat Indera terpaksa
berundur. Di pihak pahlawan Melayu, tiada seorang pun yang gugur.
KEPIMPINAN
Haji Abdul
Hamid juga dikatakan telah berguru kepada guru-guru berikut yang diketahui:
- Kiyai Mustahir, Pagoh
- Panglima Lias, Pagoh
- Haji Mohd Lip Bedu (Ilmu
Tauhid)
- Hja iAbd Ghani, Jalan
Daud, Muar
- Dato Mohd Bakar (Kadi
Besar, Johor)
- Ustaz Sulaiman Sujak
- Ustaz Ahmad Tunggal,
Parit Sakai, Muar
Haji Abdul Hamid mula mengajar dan mengembangkan ilmu persilatan sendeng
ini sekitar tahun 1950-an. Ketika itu beliau telah pun dikatakan cukup pengetahuan dalam ilmu kependekaran dan
mendapat izin dan tauliah daripada guru-gurunya. Beliau mula mengembangkan sendeng di bawah nama
‘Silat Sendeng Muar’ dan kemudiannya ditukar kepada Seni Silat Sendeng Malaysia.Perjalanan hidup
sebagai guru silat tentu saja tidak mudah. Pelbagai cabaran dan pahit getir
terpaksa dilalui. Sudah menjadi asam garam guru silat masa dahulu, tentu saja
ada yang mencabar dan menyudi. Namun ia bukan sahaja gagal menjatuhkan beliau,
malah namanya kian harum dan disanjung tinggi.Atas usaha gigih beliau bersama
anak-anak muridnya, akhirnya perguruan ini kian tersebar ke seluruh Negara
terutamanya Negeri Johor, Negeri Pahang, Negeri Melaka, Negeri Sembilan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan lain-lain.
Antara anak murid
beliau yang dikenali ialah:
1. Haji Ismail bin Haji Saidin
@ Tok Sidang
2. Haji Jamaluddin bin Shahadan
@ Cikgu Jamal
3. Ahmad Nazari bin Haji Abdul
Hamid @ Cikgu Atan (Anak Haji Hamid)
4. Haji
Rosmani bin Abd Samad.
LAMPIRAN
Haji Abdul Hamid Hamzah
Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah
Pusara Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah
Haji Abdul Hamid Hamzah di tengah
Haji Abdul Hamid Hamzah
RUJUKAN
·
http://psssm-m.blogspot.com/2010/04/buluh-runcing-pak-hamid-jah-untuk.html
h it is all about tokoh silat
h it is all about tokoh silat
No comments:
Post a Comment